Ya Allah Aku Tidak Layak untuk Syurga-Mu, Namun Aku juga Takut Azab Neraka-Mu…
"Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam.Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir." Surah Al-Baqarah :34
"Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan cpertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak."( Surah Al-Kahfi:105)
Pada suatu malam , seorang wanita keluar dari rumahnya membawa obor yang menyala-nyala di tangan kanannya dan sebaldi air di tangan kirinya.Dia pergi mengelilingi kampung menjerit dengan sangat kuat, "Wahai manusia , seandainya kamu beribadah kepada Allah dan mengharapkan syurga.Maka , biarkan syurga itu kubakar dengan api ini! Dan , apabila kamu menjauhi maksiat oleh sebab takut akan neraka.Maka , biarkan neraka itu kusiram dengan sebaldi air yang ada di tangan kiriku….!!"
Siapakah wanita yang berani menjentik kesedaran orang di sekelilingnya, dan mungkin juga kita?Siapa lagi jika bukan Rabi'ah Adawiyah.Ya Rabi'ah Adawiyah.Wanita suci yang sepanjang hayatnya mengajar cara beribadah pada Allah dengan membawa corak baru dalam penghayatan Islam melalui ajaran cinta.Seluruh ajaran Islam dilaksanakan bukan disebabkan, "Ini semua kerana perintah-Nya dan harus dilaksanakan untuk mengharapkan syurga-Nya" , bukan juga kerana "Itu harus dijauhi kerana takut akan seksaan-Nya".Namun , dia melaksanakan perintah dan menjauhi semua larangan-Nya disebabkan cinta yang sebenar-benarnya cinta ( al-Hubb Haqq Al-Hubb)
Bukankah seseorang yang mencintai akan berhias rapid an wangi dalam solatnya, melebihi saat pertemuan dengan orang yang paling dicintainya sekalipun? Bahkan, kerap kali dia menangis dalam solatnya .Cucuran airmata orang yang mencintai ini adalah bentuk ungkapan kerinduan , cinta dan kebahagiaan ketika "berjumpa" dengan-Nya.
Beginilah alunan puisi Rabiah terhadap Kekasih Agungnya :
Ya Tuhanku!
Tenggelamkan aku dalam mencintai-Mu
Sehingga tiada suatu pun yang dapat memalingkan akau dari-Mu
Kekasihku tidak menyemai kekasih lain biar bagaimanapun
Tiada selain Dia dalam hatiku mempunyai tempat manapun
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekali pun
Akan tetapi, Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun
Aku mencintaiMu….
Oh Tuhan tercinta….
Dengan cinta yang penuh kesenangan
Kerana Engkau yang layak untuk dicintai
Adapun cinta hawa
Maka aku sibuk mengingati-Mu daripada yang lain
Kuharap Kau buka tabir untukku
Sehingga aku dapat memandang-Mu
Maka ujian ini dan itu bukan untukku
Melainkan hanya untukMu
Bagi Rabi'ah , bukan cinta apabila penghambaan manusia ada ganjarannya.Juga bukan cinta, apabila ibadah manusia memiliki tujuan duniawi sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis dari Abu Hurairah r.a yang menceritakan bahawa ada orang dalam kumpulan bertanya padanya, "Wahai Tuan, ceritakan kepadaku sebuah hadis yang kamu dengar secara langsung dari Rasulullah !" Saya mendengar Rasuluillah s.a.w. bersabda :" Sesungguhnya , orang yang pertama kali diadili pada hari Kiamat adalah orang yang mati syahid.Dia dibawa dan ditanya akan nikmatnya, lalu dia mengakuinya.Allah s.w.t berfirman padanya, 'Saya berperang sehingga mati syahid.' Allah menjawab , "Kamu berdusta, tetapi kamu berperang supaya orang berkata bahawa kamu berani dan itu telah dikatakannya .' Lalu Allah s.w.t memerintahkan agar wajahnya ditarik, kemudian dilemparkan ke dalam api neraka.
'Berikutnya adalah orang yang mempelajari ilmu, mengajarkannya dan suka membaca al-Quran dibawa pada Nya.Nikmatnya ditanya dan dia mengakuinya.Allah berkata , Apakah yang kamu lakukan di dunia ini?' Dia menjawab , "Saya mempelajari ilmu dan suka membaca al-Quran keranaMu. 'Allah s.w.t berfirman 'Kamu berdusta kerana kamu mempelajari ilmu supaya orang mengatakan bahawa kamu pandai dan pakar dalam bidang al-Quran dan semua itu telah diucapkan oleh mereka'. Allah pun memerintahkan agar di dicampakkan ke dalam api neraka'.
'Seterusnya , orang yang diberikah kelapangan oleh Allah dan diberi berbagai jenis harta akan dibawa dan ditanya akan nikmatnya dan dia mengakuinya.Allah s.w.t berfirman, 'Apakah yang kamu lakukan di dunia?'Dia menjawab , 'saya tidak meninggalkan jalan yang Engkau sukai supaya menginfakkannya kerana-Mu'. Allah menjawab , 'Kamu berdusta, tetapi kamu melakukannya supaya kamu dikatakan sebagai orang dermawan dan itu telah dikatakannya. 'Allah lalu memerintahkan agar wajahnya ditarik dan dilemparkan ke dalam api neraka".(HR Muslim)
Moga dengan kehadiran Ramadhan ini Allah berikan kesabaran yang tinggi buat kita membayar harga syurga milikNya...amen Ya Rabb
Posted at 08:35 am by qasdina
Permalink